Salam Ziarah:)

Permulaan ini dilakar hanya dengan secankir ilmu,, Insya-Allah..dgn nikmat umur akn dtg,, akn ku terus berusaha mengupdate blog ini,,(doakn ana utk istiqomah)

Tuesday, November 8, 2011

Cuti Hari Raya Haji

Bismillahhirrohmanirrohim....

Berpagi dengan adik2 sambil menonton muqaddimah di Tv 9...hening pagi masih juga terasa,,memandangkn pintu2 rumah masih tertutup rapi..sepi..tapi tak lama,,sepi berganti riang, bila dik na perlahan mengeserkan derap kaki nye di lantai..sambil mengosok kn mata dn separuh sedar..:)

Aku berkongsi cerita dengan dik ra,,menceritakn tentang blogger serta penggunaan tulisan di medan menganjak org rmi kembli ke tujuan fitrah yg sebenarnya..:)

Monday, October 31, 2011

kasih syg Pencipta kpd hamba-Nya yg kerdil lg hina

Bismillah..

Alhamdulillah..Allah,izin kn fakir in i mencoret lgi...masih ada daya utk keybord smbl buart asmngt..Ya Allah...sedihnya hati tika mennaip nih,,Ya Allah,,ini lah ujian Mu,,,Ya Allah..inilh cara utk Mu Ya Rabbi,,,mendktkn diri yg kerdillg hina ini kpd -Mu,,,Ya Allah,,sunggh ku bersyukr..krn ku msh lg dlm linkungn kesedarn bhw ku hamba-Mu yg hina,,,penuh kekurangn,,tk mampu utk melaksanakn seglnye,,tnpa sandarn dri Mu Ya Rahman Ya Rahim,,,Ya Allah Tuhan yg Maha Mengetahui,,nmn,,,ku ign Ya Allah,,,ign mnjdi hmba-Mu yg bergn utk agm -Mu, utk saura2 ku yg lain,,,Engkaulh yg Maha mengetahui Ya Allah..

Friday, June 24, 2011

MENJIWAI TANZIM HARAKI




Suatu Muhasabah Pada Pendokong Gerakan Islam

” Hendaklah engkau beriltizam dengan jamaah muslimin dan imam mereka”

(Hadis dari Huzaifah Al-Yaman)

1.0 Premis dasar.

Tugas yang paling mulia dan paling agung sekali di dunia ialah tugas menyeru manusia kepada Allah

s.w.t. Menjadi dai’ merupakan tugas yang bermatlamat untuk mengembalikan manusia di dunia ini

kepada sistem alam yang sesuai dengan fitrah manusia. Tugas ini memerlukan kepada mentaliti

pembinaan serta kaedah-kaedah yang khusus untuk memproses pembinaan ini. Tugas ini memerlukan

kita membaiki diri kita dan menyeru orang lain agar menerima jalan mulia ini.

Setiap binaan memerlukan kepada penyusunan yang rapi, oleh kerana proses pembinaan dakwah itu
merangkumi seluruh peringkat, maka ianya memerlukan kepada banyak perancangan meliputi
pembinaan peribadi, pembinaan keluarga, pembinaan masyarakat dan institusinya, pembinaan semula
dunia Islam dan untuk membentuk semula dunia ini secara keseluruhannya.
Kefahaman mengenai jihad dalam konteks haraki amat di perlukan bagi menyemarakkan lagi maksud
tanzim haraki. Walaupun jelas maksud jihad dengan maknanya ialah berperang di jalan Allah. Manakala
makna yang umum adalah hidup kita dari awal hingga ke akhirnya adalah jihad yang memiliki tahap-
tahap dan pusingan, dan setiap pusingan melayakkan pusingan yang lain pula. Imam Ibn Al-Qayyim r.ah.
ketika membicarakan maksud jihad ini memulakan dengan berjihad terhadap jiwa dan nafsu untuk
mengenali kebenaran kemudian berjihad untuk beramal dengannya, dan jihad tahap kedua pula adalah
iaitu bersabar tehadap bebanannya serta cabaran yang merintangan tugas dakwah ini.

2.0 KEWAJIBAN BERINTIMA’ KEPADAJAMAAH

Perjuangan Islam dilangsungkan secara berjamaah. Tiada siapa yang boleh menafikan penegasan ini
justeru ia sabit melalui nas yang diwahyukan oleh Allah swt. juga sirah perjuang
an baginda saw. Firman
Allah swt. yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah suka ( redho ) terhadap orang –orang yang berjuang di jalanNya sebagai satu saff,

seolah olah mereka adalah satu binaan yang kukuh , tersusun rapi. (Surah As Saff : 4)

Para Ulama’ turut berhujjah dengan menggunakan kaedah feqh bagi menjelaskan kewajipan muslim

memberi intima’ terhadap jamaah, setelah dilihat bahawa Jamaah adalah merupakan satu wasilah

penting untuk mengembalikan Khilafah Islamiyyah yang runtuh. Fungsi jamaah akan menyatukan
ummah dengan kepimpinan dan gerak kerja amal Islami yang sistematik. Tanpa jamaah (organisasi
berkepimpinan), ummah tidak mungkin dapat diikat dengan pengarahan terancang dan strategik untuk
melahirkan satu gerakan dan kebangkitan bagi memperjuangkan Islam, sedangkan mendaulatkan syariat
dan mendirikan Khilafah Islamiyyah itu adalah wajib. Maka menubuhkan jamaah dan memberikan

intima’ kepadanya dihukum wajib berasaskan kaedah feqh :

“Suatu yang tidak sempurna kewajipan melainkan dengannya, maka sesuatu itu menjadi wajib“.

Begitu juga dengan Firman Allah swt. yang bermaksud :

“…. dan hendaklah ada dikalangan kamu satu golongan yang menyeru ke arah kebaikan dan

menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh

kemenangan“. (Surah Aali Imran: Ayat 104)

Al Imam Allusi Rhm di dalam Ruuhul Ma’ani ketika menafsirkan ayat ini, menegaskan pengertian ummah.

di dalam ayat ini ialah individu yang bergandingan (membentuk satu jamaah) melaksanakan

tanggungjawab tersebut. Ibnu Katheer Rhm menyebut: ….dan maksud dari ayat ini ialah, bahawa

hendaklah ada satu golongan (firqah / jamaah) daripada ummah ini melaksanakan tanggungjawab
tersebut. Ayat di atas, sungguhpun menggunakan perkataan ummah , ini tidak bermakna Allah
melepaskan tanggungjawab terbuka kepada ummah tanpa wujud satu gerakkerja yang terancang
dikalangan ummah untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Gerakkerja terancang dan sistematik,
adalah satu keperluan asasi dan bersifat prinsip untuk menjayakan perlaksanaan tanggungjawab yang
termaktub di dalam ayat di atas:
1. Dakwah Islamiyyah.
2. Perlaksanaan Syariat ( Amar Makruf ).
3. Mencegah kemungkaran
Saiyidina Ali karramallahu wajhah pernah menegaskan:

“Kebenaran tanpa tanzim (penyusunan terancang/ sistematik) akan dikalahkan oleh kebathilan yang

mempunyai perancangan penuh sistematik” .

Gerakkerja terancang inilah memerlukan satu pembentukan Jamaah yang Munazzamah, mempunyai

kepimpinan yang berwibawa dan diikat dengan intima’ yang berasaskan ketaatan kepada jamaah dan

pimpinannya yang memperjuangkan Islam.

Saiyidina Omar Al Khattab rha. menyebut:

.

“Tiada Islam tanpa Jamaah dan tiada Jamaah tanpa Kepimpinan dan tiada Kepimpinan tanpa Taat” .

Lebih terasa keperluan Jamaah ini setelah kejatuhan Khilafah Islamiyyah terakhir pada tahun 1924 yanglalu, ulamak yang memahami tanggungjawab untuk mengembalikan semula Khilafah Islamiyyah yangruntuh telah merancang dan membentuk Jamaah Islamiyyah atau Harakah Islamiyyah sebagai wadahummah untuk berjuang dengan teliti dan strategi guna mengembalikan Khilafah tersebut .Bermula 1928apabila tertubuhnya Gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir yang ditubuhkan oleh Imam Hassan Al Banna,maka kesedaran berjamaah ini mula tersebar keseluruh pelusuk dunia. Akhirnya pelbagai Gerakan Islammuncul di serata dunia, yang berjuang dengan matlamat yang sama kearah mendaulatkan Syariat Allahdan mengembalikan semula Khilafah yang telah runtuh. Bahkan di Mesir sendiri wujud pelbagai JamaahIslam dengan pelbagai pendekatan dan penampilan .

3.0 Komponen Utama Tanzim Haraki.

Rumusan yang dibuat oleh pelbagai ulama’ haraki seperti asas yang telah dibina oleh Imam As-Shahid

Hassan Al-Banna, Abu A’la Al-maududi, Ust. Mustaffa mashur, Ust. Said Hawwa, Abu Hassan Ali An-

Nadwy, Dr. Abdul Karim Zaidan dan lain-lain tokoh dapat disimpulkan kepada beberapa faktor iaitu;-

3.1 Memahami matlamat utama dalam melaksanakan kerja dakwah.

Matlamat utama dalam tariqud dakwah ini adalah memahami jalan menuju kepada Allah s.w.t., jalankeredhoan dan jalan ke syurga. Jalan yang sama yang pernah dilalui oleh para sahabat, para Rasul. Diatas jalan ini para juru dakwah berusaha untuk sampai ke matlamat yang paling tinggi. Matlamatnya

ialah Allah, sasaran untuk mengukuh agama Allah di muka bumi, menegakkan daulah Islamiah ”Hingga

tidak ada fitnah, dan jadilah agama semuanya untuk Allah s.w.t”, jalan yang telah ditempoh oleh

baginda Rasululah s.a.w. adalah sebaik-baik ikutan. Ahli-ahli dalam jamaah diwajibkan bekerja dan
mengorbankan segala sesuatu yang berharga demi mencapai matlamat tersebut. Oleh itu penglibatan
dan tanggungjawab serta iltizam di jalan ini, sabar dengan kepayahan dan perjalanan walaupun jauh,
sekali-kali tidak akan menyimpang ke jalan lain dengan izin Allah dan sekali-kali tidak akan rela dengan

jalan lain.

Selain daripada matlamat utama tersebut, sebuah jamaah wajib mempunyai matlamat jangka panjang
dan pendek yang ahli-ahli perlu tahu supaya bahtera dapat dipandu ke arah sasaran yang betul.
Kesyumulan Islam itu adalah intipati utama yang akan diperjuangkan oleh jamaah ini. Jamaah mesti
membuat kajian sosial untuk mengetahui amal Islami masakini yang terabai dari umat, serta mencari
formula bagaimana untuk membetulkan kepincangan ini.

3.2 Pembinaan peribadi juru dakwah.

Jamaah seharusnya mempunyai perancangan untuk pembinaan watak para da’i yang akan

melaksanakan tanggungjawab besar membawa risalah mulia. Sebagaimana rumusan bagi seorang ahli

ikhwan yang telah disebutkan ”Individu yang kita kehendaki ialah individu yang mempunyai aqidah yang

sejahtera, ibadat yang sah, fikiran yang berilmu pengetahuan, mampu berusaha, kuat jasmaninya,

sentiasa melalukan mujahadah dengan dirinya, menjaga waktu, mengatur urusan, bermanfaat kepada

orang lain”. Wasilah untuk membentuk individu muslim terbahagi kepada tiga perkara yang seharusnya

sepadu antara satu sama lain.
i) Al-Murabbi (Pendidik)
ii) Manhaj yang sesuai.
iii) Biah (suasana keliling) yang solehah.
Individu ini juga perlu dipersiapkan dengan ilmu dakwah kontemporari yang sesuai keadaan serta
cabaran semasa. Wasilah dakwah yang tidak jumud dan beku menghadapi kerencaman umat yang
pelbagai watak serta teknologi yang semakin canggih kini.

3.3 Pembinaan keluarga jurudakwah.

Pembinaan keluarga al-akh al-mujahid juga amat penting kerana ia menjadi teladan kepada mad’u

(sasaran dakwah). Diantara perkara utama yang dipinta dalam membina keluarga kepada para juru

dakwah ini ialah ”membimbing keluarganya supaya menghormati fikrahnya, menjaga adab-adab Islam

dalam lahiriah rumahtanganya, bijak memilih isteri, bijak mendidik anak-anak dan orang yang di bawah

jagaannya dan bertanggungjawab dengan mendidik mereka sejajar dengan prinsip Islam”

3.4 Sistem berjamaah.

Kehidupan berjamaah atau berorganisasi memerlukan satu kemahiran bertolak ansur antara hasrat dancita-cita peribadi untuk dikongsi bersama dengan individu lain dalam jamaah. Jamaah bertangguhjawabuntuk melakukan proses tajdid dalam masyarakat. Proses ini bermula dengan mencari anasir-anasir yanglayak untuk ditabal menjadi qiyadah dalam jamaah, memperlengkapkan dan menentukan peranannya,kerana qiyadah ini bertanggungjawab untuk mewujudkan iman yang mendalam, melaksanakan proses taqwin(pembinaan) yang teliti serta melakukan manhaj(sistem) yang betul dalam jamaah. Oleh itu beberapa faktor yang

perlu perlu diberi tumpuan dalam jamaah Islamiah ialah :-

i) Memahami dan patuh kepada peraturan atau amalan jamaah.(amal jamai’e)

ii) Berbaiah serta mentaati kepimpinan yang telah dilantik.

iii) Ikut serta patuh kepada keputusan syura.

iv) Mempunyai perencanaan jamaah yang teratur.

4.0 Memahami Wasilah Dakwah.

Wasilah bermaksud bentuk-bentuk dakwah, cara untuk menyampaikan dakwah kepada manusia.
Terdapat pelbagai wasilah yang tradisional dan moden yang boleh diguna pakai untuk menyampaikan
dakwah, antaranya adalah :

i) Dakwah dengan lisan:

Contohnya pengajaran/ pengajian di surau-surau atau masjid, Ceramah-ceramah, diskusi, dialog,

muzakarah, forum yang disampaikan secara terus atau melalui media massa seperti radio dan TV.
Sebahagian daripada ucapan ini dirakamkan dan boleh disiarkan pada bila-bila masa dengan teknologi
terkini, VCD, CD, DVD, Tape dan teknologi moden kini.

ii) Dakwah dengan tulisan:

Menerbitkan risalah, majalah, pamplet dan lain-lain bahan, penerbitan buku, mengadakan pameran

adalah sebahagian contoh dakwah melalui tulisan. Perbezaan dakwah melalui tulisan adalah kitab-kitab

yang dikarang oleh Ulama’ terdahulu yang masih bermanfaat hingga kini, Kitab-kitab karangan Imam Al-

Ghazali Ihya Ululmuddin, Sheikh Samad Al-Falemban,i Sairus Salikin, Imam An-Nawawi, Imam As-Shafie

dan lain-lain lagi.

iii) Dakwah dengan Tulisan dan Lisan:

Iaitu majlis yang menghimpunkan kedua-dua wasilah tersebut seperti seminar, konvensyen, bengkel dan
sebagainya. Bukan sekadar berucap tetapi juga menyediakan bahan untuk dirujuk apabila pulang
kerumah nanti. Bahan-bahan ini boleh mem
bantu memantapkan lagi ingatan penyampai semasa
pembentangan tadi.

iv) Dakwah bil hal (dengan akhlaq):

Sebahagian daripada wasilah dakwah itu adalah keperibadian yang baik, seperti pakaian menutup aurat,
bersih suasana persekitaran di rumah, sekolah, atau dalam berpakaian tadi dan dimana sahaja,
melakukan amar maaruf dan nahi mungkar, termasuk dalam memiliki akhlaq yang mulia ini adalah
berbuat baik pada kedua ibu dan bapa kita. Menghormati guru, menjaga hak-hak jiran dan banyak lagi
contoh teladan dan akhlaq yang terpuji yang boleh kita lakukan

Bagi para pendakwah pendekatan dengan akhlaq yang mulia dengan berperibadi mulia adalah kekuatan

yang perlu dimiliki oleh mereka. Ia berkait rapat dengan seluruh kegiatan hidupnya, sikap pada

kerabatnya, jiran tetangganya, cara bergaul dan bermuamalah, cara berbicara dengan mereka dan

kehidupan keluarganya. Contoh teladan ini adalah lebih besar pengaruhnya pada jiwa manusia daripada

ucapan- ucapan.

5.0 Ransangan Dakwah.

Kita semua ingin hidup di dunia ini dengan mendapat keredhaan Allah, menunaikan amanah-Nya, dan
akhirnya mendapat peluang untuk ke syurga-Nya. Kita semua tidak mampu menahan azab bakaran
neraka dan kesepian hidup di alam kubur. Pun begitu, kita kerap terlalai, hidup penuh dengan kesibukan
untuk memikirkan arah hidup yang benar, kelekaan keseronokkan hidup di dunia ini mudah memesong
kita daripada petunjuk yang Allah telah berikan, terlalu banyak halangan yang diberikan, sehingga kita

terlupa teguran Allah s.w.t pada kita semua ;

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara

kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamuusahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yangkamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah danRasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkankeputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yangfasik (derhaka). AT-TAUBAH: 24.

Sesungguhnya syurga Allah itu mahal harganya kecuali mereka yang betul-betul memperjuangkan

amanah Allah di muka bumi sementara ini.

Sesungguhnya syurga Allah itu mahal harganya kecuali mereka yang betul-betul memperjuangkan
amanah Allah di muka bumi sementara ini.Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk
syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada

orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan
hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga
berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya)

pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan

berpegang teguh kepada ugama Allah). AL-BAQARAH: 214

.

.

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh
menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah
dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan
diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang
sebenarnya).

6.0 Proses pembinaan.

Tugas kita sekarang adalah untuk memcari dan memeriksa calon-calon yang mampu dan berkelayakan
untuk memproses binaan yang kita kehendaki itu. Sekiranya manusia yang kita kehendaki itu tidak ada,
maka kita berkewajipan pula untuk menyedia dan melayakkannya. Tanggungjawab besar ini dibebankan
kepada sebuah Jamaah Islam yang matlamat utamanya adalah dakwah illallah. Apa yang perlu kita
lakukan adalah:
i) Melahirkan muslim daripada akhlaq-akhlaq masyarakatnya dan daripada lingkungannya kepada akhlaq
mukmin yang sejati.ii) Melatih seorang muslim yang bertanggungjawab dengan kata-katanya; setiap
kata-katanya adalah bernilai dan membina.iii) Mentarbiyyah Muslim itu tadi dengan didikan yang sesuai
dengan matlamatnya, serta memberi pengetahuan dengan matlamat yan hendak dicapainya.iv)
Membina seorang Muslim sehingga ia mampu mengambil (membuat) keputusan yang bijaksana.v)
Melatihnya supaya tunduk kepada keputusan syura walaupun bercanggah dengan pendapatnya
sendiri.vi) Melatihnya supaya boleh berbincang dengan bijak serta mengajarnya bagaimana
membentangkan pendapatnya dan berhujah.
vii) Mengajarnya bagaimana mengambil pengajaran daripada kritikan-kritikan dan menukarkannya
menjadi cadangan-cadangan yang membina.
viii) Menjelaskan kepadanya perbezaan di antara pemikiran yang membina dan pemikiran yang

meruntuhkan, kerana betapa mudahnya meruntuhkan dan sukarnya membina.
ix) Mengajarnya bagimana untuk memajukan yang sedia ada, mewujudkan dan tidak ada, serta
memperingatkannya bahawa mudahnya meruntuhkan yang sedia ada dan sukarnya membina yang
tiada.
x) Melatihnya bagaimana mengambil pengajaran daripada sesuatu yang berada di sekitarnya untuk
sampai kepada matlamat pembinaannya.

7.0 LangkahBergerak

Mengikut panduan Al-Muddatsir

(al-Muddatsir: 1 7)

Ayat 1:

Wahai orang yang berselimut!

Marilah kita keluar daripada kepompong hanya asyik melihat sahaja apa yang berlaku di sekeliling kita.Kepompong yang hanya memikirkan hidup kita, anak-pinak, dan makan-minum (serta rumah-kediaman)sahaja. Kepompong yang terleka dengan kesibukan dunia. Ayuh pecahkanlah kepompong itu! Mulakanlangkah bergerakmu!

Ayat 2:

Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia) .

Marilah kita mula menyebar risalah Allah. Memberi kebahagiaan sebenar kepada umat manusia.
Menyampaikan panduan ilahi untuk hidup dengan lebih mulia dan berjaya (al-falah). Memberi
peringatan kepada yang terleka.

Ayat 3:

Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!

Marilah kita jadikan Allah keagungan kita tiada kehendak lain selain daripada mendapat keredhaan-

Nya tiada puja-pujaan lain (kelekaan-kelekaan duniawi) selain daripada-Nya. Marilah kita

memasyarakatkan semangat tersebut.

Ayat 4 dan 5:

Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau

jauhi.

Marilah kita bersihkan ‘pakaian’ dalaman dan ‘pakaian’ luar. Satu demi satu keburukan yang ada kita

buang mengikut kemampuan. Satu demi satu amalan yang baik kita tambahkan. Bersihkanlah jiwa

sentiasa. Buangkanlah amalan-amalan yang tidak sesuai.

Ayat 6:

Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.

Marilah kita mengikhlaskan diri.

Ayat 7:

Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan

musuh)!

Kita akan menempuh banyak ketidakselesaan dalam membawa risalah ini. Biarlah kita mampu

memandang semua mad’u kita sebagai orang yang perlu dibimbing dan disayangi. Sebarang kejahilan

dan penentangan, marilah kita bersabar. Sesungguhnya Allah akan mengganjari mengikut nilai amalan

seseorang (pembawa risalah atau penentang).

8.0 Kewajiban Mengurus Dakwah Secara Haraki.

Matlamat yang besar memerlukan kewujudan sebuah jamaah yang tersusun rapi Tidak boleh
disempurnakan amalan atau kerja-kerja berdasarkan persendirian tanpa ada jamaah yang
menyelengarakannya. Jamaah ini mesti menjadikan Al-Quran dan Islam sebagai landasan utama dalam
membentuk matlamat, wasilah, strategi, pendekatan, ilmu, tarbiyyah, tanzim(organisasi), sistem, peraturan dan

lain-lain. Dato’ Dr. Siddiq Fadhil menghuraikan perencanaan program, seperti sedutan dari buku Minda

Melayu baru dibawah :

”Perencanaan atau planning adalah suatu proses menentukan matlamat, mengariskan kaedah-kaedah

dan tindakan untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan.

Perencanaan juga disebut sebagai

jambatan antara masa kini dengan masa depan , yang membawa erti persiapan masa kini untuk

menghadapi apa yang akan terjadi di masa depan.”

Dalam zaman yang penuh persaingan seperti sekarang ini, kecemerlangan dan keungulan hanya akan
dapat dicapai dengan penyuburan budaya kerja berencana dan pemikiran strategik. Sehubungan deng
an
itu budaya ad-hoc seharusnya dihindari kerana ia bukan budaya yang terpancar dari ajaran Islam.

9.0 Akhir kalam.

Khazanah yang paling berharga bukan emas dan perak, bukan hasil mahsul, tetapi kekayaaan yang
paling berharga adalah manusia. Sebaik-baik anugerah daripada manusia ialah zaman mudanya. Zaman
muda adalah zaman kekuatan di antara dua kelemahan, kelemahan zaman kanak-kanak dan kelemahan
zaman tua
Tetapi generasi muda yang berharga adalah apabila generasi muda yang memenuhkan masa dengan
mengambil nilai-nilai Islam dengan mengamalkan akhlaq Islam, mempunyai wawasan yang baik,
mempunyai matlamat yang jelas, serta mempunyai cita-cita besar di mana mereka hidup dan mati untuk
memperjuangkan kalimah Allah dan kehidupan yang penuh bersyariat.

Disediakan oleh :

Al-Akh Al-Faqir Ilallah Ahmad bin Kasim,

Pengerusi Wadah Pencerdasan Umat

Negeri Kedah Darul Aman.

Untuk Muqayyam Qiyadah Kebangsaan 07 PKPIM,

10 Jamadil awwal 1427 / 27 Mei 2007

Maahad Tarbiyah Islamiah,

Kg. Tengah Derang Pokok Sena



Sunday, June 19, 2011

Trip to 2nd Engagement

Jam di scrin phone mennjk kn 8.00 pagi,,masih awal lagi utk bertolak ke terminal bas,,tapi sdh cukup lewat utk ke small meetg mrc di blk 2.3(m8). Aku mula mengemas sedikit brg yg sepatutnya dibawa, nota peprksn yg akn berlgsg esok hari serta brg2 kelnkpn diri yg lain, ckplah beg sandg yg kcl shj. hmpr pukul 9.15.. aku smpi di termnl.. anith mengarahkn aku spy tgk tiket dlu,,smtra dia mnngu di motskl..Aku pun berjln laju mendki tgga termnl,,hrp2 sempt bas pkl 9 or 9 setgh,,maklum le nk gi kemmn je,,sejengkal je,,tk kn tk de bas,,,bila tiba di kauntr bas,,pak cik yg tgh bca srt khbr dgn sepik mata kt hidng trs jwb,,kt sini mana ada bas gi ke cukai dik.. aku mula terkejt.."hah, btl ko pok cik..hari tuh ado jo sy bli",, confius aku,,rsanya hri tuh time nk gi merisik aku bli tkt bas kt area kauntr nh le.." Awok keno naik bas kt pasor,,bkn kt sini ,,kt sini mahal hargonya.."..ooh,,bru ku phm,,pak cik nh suggest bas yg lbh mnjmtkn duit poket ku yg smkn kering nih, "awok tahu tk mano pasor?" Aku mengeleng.."Lants dia bgn dn mennjk ku arh pasor dri trmnl.."ok,,bereh pok cik ,,timo ksh",,Aku brjln laju lg,,tk nk kasi si Anith tnggu lama,,kelas unng pkl 9 dh lama start,,dia spttnya disitu,,mendgr perbntgn kwn2,,aku pun septtnya disitu,,tpi Ustazh Nurzakiah bt Saparmin mmg baik hati,,dia bgi aku off hri nih,,sbb nk gi 2nd engagement,,huhu,syukran ya ustazah,,may Allah bless you.

Tiba di motskl,,aku ckp kt anith,,"jom hntr aku gi belah sana"..tiba disana mmg byk jgk bas yg mcm dh lanjut usia..aku melialu mcri bas SIHAt dn bas Mari,,berdsrkn apa yg pok cik baik tdi kata,,hnya dua bas tu je gi kemnmn,,ha..dh jmpa bas SIHAt..ak srh anith blk...smpt lg salam n peluk anith,,,ada org yg lalu sengih lihat kami mcm tu..nih la ukwah fillah,,bro..huhu:)

Setelah melambaikn pmrgian anith..aku trs menhmpiri bas,,tpi melhtkn suasn dlm bas,msh tk verpnghuni,,aku membantutkn niat utk naik..just tnggu kt bwh dretan kedai,,cuaca mmg agk pns,,mn tak nya,,jam nk bergnjk ke pkl 10 dh,,bahana matari kian mula membahang..:)..Setlh mlht dua org penumpg tlh naik ke bas,,aku pun ikt jejak mrk,,dgn hrpn,,bila p.cik drvr bas tgk rmi,,mka dia bertlk la trs,,hu2..tpi hampeh gak,,pkl 10 bru brtolak..punya la tnggu lma dlm bas,,yg guna aircond smula jdi nh,,btw..ku bersyukur,,inilh rzki yg Allah nk bgi,,inilh hikmhnya jumpa gn p.cik baik kt trmnl tdi,,,Ya Allah,,jimt seprh duitku.,,sedya upy cuba meminimumkn pngguna wang saku,,krn tk ank mtk gn mak n ayoh dah,,tak snggp kot,,biarlh mrk mgnkn nikmt2 kwgn itu utk dri mrk,,"DA blh surve kt sni mak,,mak gn ayoh jgn bmbg",,selalu kt mcm tu,,bilo diorg tnya duit ada tak..huhu..


Sambg crta perjlnn:
Rupa2nya bas nh,,mcm bas yg "TITT..." klu nk trn,,bas nh stayle ambk org n wak trn org tgh jln,,huhu,,so rmi la hok naik n trn,,huhu,,dlm hati ku kata,,lambt lo..ku akn smpi ke cukai,,dop sabor do oh dah nk jmpa insan2 kerinduan di sana",,ada seorg pk cik kt blkg,,tgr ak..
Pak cik: dik nk gi mana?
Ak: sy nk gi kemanman p.cik(septh dua kerat jo,,ak jwb,berjaga n rsa segan nk ckp byk2)
Tapi p.cik nh mcm byk modal nk ckp gn ak..lnts ak pun buat2 permh jgk,,tnya itu ini gn p.cik tu..perbualn kmi hnya kjp je,,n dia smppt cite bcgrond famly dia,,mostly ank dia dh brjy,,siap yg sorang tu,,bljr n krja kt ovrsea lg..n yg pntg ayt dia yg aku suka" ank permpn p,cik,,pak cik dh khwnkn,,sbb ada yg dtg mtk,,lbh slmt kwn awl2 dri biar sorg2,lg bgs"..sy sokong 100% p.cik huhu,,,,

At last p,cik tu trn kt msjd bndor tu jo..kjp jo naik..btw nk cite yg part plg,,suka..p.cik tu,,mengglkn ku dgn doa n psnn"ok..p.cik trn dlu semga berjya meniti tngga kejayan,,"..dlm hati bersykr,,timak ksh dgn doa tu..p.cik..:)

Friday, June 17, 2011

Antara d pilihan

Subahanallah,,izinkn permulaan blog ini dimulakn dgn memuji Mu YaRabbi ku....Dikaulh Ya Allah,,yg merancgkn segalanya untk hamba Mu,,Engkaulh Ya Allah,,Ya Rabbi ku..yg lbh mengetahui yang mana lbh sesuai untk hamaba Mu..

Ya Allah..peluang yg sgt 2 ku tunggu..kini hadir dlm stu msa yg sama..yg mna ku ptt pilih Ya Allah?

Wednesday, June 8, 2011

~untuk kekasih~

╔♫═╗╔╗ ♥

╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗

╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣

╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═✘? +♥♥♥♥+

♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥

♥░░▓▓▓▓░░▓▓░░░░▓▓░░░░░▓▓▓▓░░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓▓▓▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

.......~*~*~*~...... Ku temukan Engkau di setiap Tahajudku ......~*~*~*~......

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

_¶¶¶¶¶¶¶

______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶

_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶

____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶

__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶

__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█

_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-████──█──█─█

¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█

¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█

¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█

¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶

¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..

¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah

¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU

¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU

¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU

_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU

__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶

__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶

__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶

___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶

____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶

_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶

___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶

○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°

¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯• ‘♥_♥

frm:edited http://www.facebook.com/note.php?note_id=192089254172643

Wednesday, September 29, 2010

salam,,,ini antara gmbr dikna.. i miss her a lot.........................love u 4 ever...